CHUKAI: Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Perak, berjanji untuk menemani neneknya di kampung sepanjang cuti semester bermula Jun ini.
Nenek Allahyarham, Rosnah Abu Bakar, 65, berkata Ahmad Naim Najmi, 21, yang lebih mesra disapa Along merupakan cucu sulung kesayangannya dan arwah suami, Abdullah Sulong.
"Ketika pulang berhari raya, arwah cucu (Ahmad Naim Najmi) ada berjanji untuk tinggal di kampung sepanjang cuti semester nanti untuk temankan mak cik (Rosnah) yang masih bersedih selepas kematian suami akhir tahun lepas.
"Along memang sangat rapat dan manja dengan mak cik serta arwah datuknya kerana banyak masanya dihabiskan di rumah mak cik pada hujung minggu dan musim cuti sekolah," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal di sini pada Khamis.
Rosnah berkata Ahmad Naim Najmi yang merupakan pelajar semester dua Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Islam di USAS merupakan seorang yang mudah mesra dan sangat menghormati orang tua terutama saudara terdekat.
Menurutnya dia menerima berita mengenai kematian cucunya kira-kira 4 pagi tadi selepas dihubungi anak perempuannya yang juga ibu Ahmad Naim Najmi, Shamila Abdullah, 44.
"Memang tak dapat nak gambarkan perasaan hiba kerana rasa sedih kematian datuk dia belum hilang sepenuhnya, kali ini Along pula yang pergi, tetapi mak cik reda dan terima ujian ini dengan sabar. Semoga cucu mak cik ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Sementara itu, adik lelaki Allahyarham, Ahmad Naqiu Najmi,14, berkata Ahmad Naim Najmi tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang beraya dan tetap ceria serta bersemangat bercerita mengenai kehidupannya di kampus kepada ahli keluarga lain.
"Arwah abang ada hubungi malam tadi beritahu bahawa dia keluar bersama kawan-kawan ke Ipoh untuk beli buku dan jalan-jalan, itu memang biasa kerana abang akan hubungi ibu atau bapa setiap hari untuk beritahu keadaan dia di sana (USAS)," katanya.
Ahmad Naqiu Najmi berkata ibu bapanya kini berada di Hospital Kuala Kangsar untuk urusan pengecaman dan pengurusan jenazah.
"Selepas selesai semua urusan, jenazah abang akan dibawa pulang ke kampung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kijal (di Kemaman)," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lima mangsa kemalangan berkenaan.
"Menerima perkhabaran mengenai lima sahabat yang kemalangan di Perak dan seorang daripada mangsa merupakan rakyat Terengganu menyebabkan saya terkejut dan tersentuh.
"Apatah lagi apabila melihat video yang diviralkan, tambah sedih dengan kisah ini... Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa terlibat," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Selain Ahmad Naim Najmi, mereka yang terkorban dalam kemalangan pada tengah malam tadi ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Dari kiri, Nur Damia, Nur Diana dan Ahmad Naqiu Najmi kelihatan sugul susulan pemergian abang mereka, Ahmad Naim Najmi, yang meninggal dunia dalam nahas pada Khamis. Gambar kecil: Rosnah. - Foto Sinar Harian
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Hasrat Ahmad Naim Najmi temani nenek semasa cuti tidak kesampaian
Rosnah berkata, Ahmad Naim Najmi merupakan cucu sulung kesayangannya dan arwah suami.